Wednesday, July 29, 2009

Panduan ABT (Klasik)

Panduan Alih Bentuk Teks (Laras Bahasa Klasik)

1. Prosa klasik ditulis menggunakan bahasa klasik yang berbeza sifatnya berbanding dengan bahasa sifatnya moden. Penggunaan bahasa klasik yang bertele-tele dan banyak kosa katanya tidak digunakan lagi.
2. Prosa klasik menceritakan kisah pemerintahan raja pada zaman dahulu, kisah orang dan kejadian, calon mestilah mengetahui episodnya dan isi kandungannya. Perhatikan juga watak-watak yang terlibat serta persekitaran kejadian.
3. Fahami petikan terutama jalan cerita, latar masa, tempat dan sebagainya. Anda perlu juga mengetahui ciri-ciri bahasa klasik yang perlu dibetulkan/digugurkan/dibuang/dikekalkan apabila mengalih bahasa klasik kepada bahasa moden.
4. Antara ciri-ciri bahasa klasik yang perlu dibetulkan ialah:
I. unsur subjek dalam bahasa klasik perlu digugurkan. Oleh itu subjek tersebut perlu ditulis semula.
ii. bahasa klasik banyak menggunakan ayat pasif. Ayat ini perlu ditukar kepada ayat aktif.
Contoh: “ …………. telah didengar oleh Maharaja Sukarama akan……..” ditukar menjadi: “………. Setelah mendengar akan……………”
iii. Bahasa klasik juga menggunakan penjodoh bilangan yang tidak tepat.
Contoh: “……..maka ditambangkannya suatu geliga sakti lalu…..” ditukar menjadi: “………maka ditambangkan sebutir geliga sakti lalu…….”
iv. Bahasa klasik juga banyak menggunakan penanda wacana klasik seperti maka, arakian, syahdan, hatta dan sebagainya. Penanda wacana iniperlu ditukarkan kepada penanda wacana moden. Contoh:
“ ……. Adapun Raja itu memiliki puteri yang……..” ditukar menjadi: “……. Raja itu memiliki seorang Puteri yang………” “……..Syahdan adapun Paduka Demang pun masuk…..” “…….Paduka Demang masuk…….”
5. Perkataan yang sukar difahami dan tidak boleh ditukarkan maksudnya boleh dikekalkan. Contoh:
Ditambangkan (dibaling), Genta (loceng), Cerpu (sejenis lapik kaki)
Walau bagaimanapun, bahasa istana seperti santap, bersiram, dan beradu tidak boleh ditukar kepada bahasa moden.
6. Kata ganti diri “nya” juga dirujuk kepada Sultan. Dalam penggunaan bahasa istana kata ganti nama diri “nya” tidak boleh digunakan untuk Sultan. Oleh itu, wajar diperbetulkan. Contoh:
…. Sultan Mansor Syahpun kembali ke istananya…” ditukar kepada: “…… Sultan Mansor Syah kembali ke istana baginda”
7. Dialog hendaklah ditukarkan kepada cakap pindah:
Contoh: “Tahukan tuan hamba sekalian bahawa ini anak hamba?” ditukar kepada: Seri Nara bertanya sama ada orang yang hadir tahu bahawa itu ialah anaknya.
8. Gelaran, jawatan, alat peperangan dan sebagainya hendaklah dikekalkan. Namun frasa “Tuan” (Tuan Puteri Hang Li Po) perlu digugurkan kerana “tuan “ menunjukkan gelaran jantina untuk perempuan pada , masa dahulu tetapi tidak pada masa sekarang.
9. Calon tidak boleh menambah idea, meninggalkan sebarang ayat atau isi penting kerana ini akan menjejaskan markah. Seelok-eloknya jumlah perenggan hendaklah sama dengan perengggan asal teks.

Tuesday, July 28, 2009

Latihan Bahagian C

Alih bentuk bahasa yang berikut kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden

“Saya mahu pulang,” jawabku, “saya mahu minta tukar ke tempat lain, cikgu.”
“Jangan begitu, cikgu. Kasihanilah anak-anak rumah panjang ini. Sudah dua tahun mereka menunggu seorang guru. Tengok tu. Mereka belum pernah bersekolah lagi. Tapi mereka yakin yang mereka akan dapat bersekolah juga suatu hari nanti. Bila cikgu tiba semalam keyakinan mereka menjadi kenyataan.”
Pada saat-saat begitu aku mahu memekik sahaja dan mencurahkan perasaanku. Namun aku cuma membisu. Hatiku sudah tiada di tempat itu.
“Saya tahu perasaan cikgu. Sewaktu mula-mula mengajar di sini beberapa tahun dulu pun saya mempunyai perasaan yang sama,” kata Cikgu Mujang apabila dia dapati aku tidak mengeluarkan sebarang kata.
Aku memandangnya dan berharap benar dia akan melepaskan aku pergi dari situ. Tetapi dia meneruskan juga kata-katanya sambil mengesat peluhnya

Pakej Percutian bulan Ogos 2009

Bahagian D

(Analisis Kesalahan Bahasa)


Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. (15m)


Konsep pelancongan kesihatan mungkin baru di Malaysia tetapi ia mempunyai potensi untuk dibangunkan berdasarkan kemajuan dan perkembangan pesat yang dicapai oleh industri kesihatan di negara kita.Selain daripada kepakaran, kadar bayaran perubatan yang pusat perubatan kenakan di negara kita adalah lebih rendah berbanding dengan negara lain. Menurut Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Datuk Dr Ridwan Bakar, terdapat enam faktor yang menjadi Malaysia sebagai pusat untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Caj perubatan yang rendah, kadar tukaran wang tetap, penggunaan bahasa Inggeris di kalangan kaki tangan, pakar perubatan yang telatih, kepelbagaian kaum dan agama di negara ini, serta aksesibiliti kepada setiap kemudahan perubatan merupakan daya penarik yang menggalakkan kedatangan pelancong ke negara ini.